Latest News

Saturday 13 December 2014

Kerabu Daging Mentah Utara?


Sempena musim cuti sekolah ini, sudah pasti akan berlangsung banyak kenduri kahwin di serata-rata Kedah. Jadi admin nak perkenalkan satu juadah kenduri kahwin yang paling rare di sebelah utara Kedah ini, iaitu di sebelah Padang Terap atau lebih tepat lagi sebelah Pedu.

Siapa yang pernah makan "kerabu daging mentah"??? Inilah antara juadah special yang paling rare bila adanya kenduri kahwin di sebelah Pedu terutamanya di Kampung Tong Pelu.

Kenapa dipanggil sebagai "kerabu daging mentah"???

Ya..kerana daging lembu yang digunakan itu adalah daging mentah yang langsung tidak dimasak menggunakan api sebaliknya ianya masak hanya dengan menggunakan rempah dan herba yang panas seperti serai, lengkuas, halia, cili api, lada hitam, air asam limau nipis, kerisik dan bawang merah. Daging lembu mentah tadi pula hanya diambil pada bahagian-bahagian tertentu sahaja iaitu bahagian yang terbaik tidak mempunyai urat dan lembut sahaja.

Daging lembu tadi dipotong @ dicincang halus sebelum dibersihkan betul-betul kemudian digaulkan dengan semua bahan yang disebut di atas tadi sehingga sebati. Daging lembu mentah tadi akan masak bersama bahan-bahan tadi melalui kepanasan semulajadi sahaja tanpa langsung menggunakan api.

Jadi kepada sesiapa yang mendapat jemputan kenduri di sebelah Pedu ni, admin sarankan hangpa mesti mai untuk merasai pengalaman makan juadah yang paling rare, hanya dihidangkan ketika ada majlis kenduri kendara sahaja. Susah nak cari kat mana-mana kedai makan atau restoran hanya di rumah kenduri.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadir ke majlis kenduri di sebelah Kedah Utara ini. Ingat!!! Hanya di Kedah sahaja!!!

#MMFC
#KedahSerataRata
#HanyaDiKedah
#MakananEksotikKedah
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerabu Daging Mentah Utara? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top