Latest News

Thursday, 21 May 2015

Guna Teknologi Terbaru Jepun Tingkat Hasil Pertanian Kedah - DS Mukhriz



Lawatan selama 3 hari deligasi Kerajaan Kedah ke Jepun terutama di Kawasan Mei Prefecture dapat memberi pengalaman dan ilmu untuk dibawa pulang ke Kedah. Pelbagai teknologi baru dalam bidang pertanian di Jepun bagi meningkatkan hasil Pertanian akan dibawa ke Kedah, selain dapat mempelbagaikan hasil pertanian. 

Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir yang juga ketua deligasi Kerajaan Negeri berkata
beliau dapat melihat sendiri kepesatan pertanian dan industri asas tani di negara itu hasil penggunaan teknologi terkini.

Menerusi penggunaan teknologi terkini, produk pertanian mampu diproses bagi dijadikan pelbagai produk lain.

"Kami melawat satu syarikat yang menggunakan teknologi tersendiri untuk mengeluarkan pelbagai bahan khususnya minyak daripada citrus iaitu buah-buahan seperti oren.

"Tidak ada satu pun bahan yang dibuang, digunakan semuanya...kulit, biji. Buah-buahan yang diketepikan daripada jualan di kedai-kedai boleh digunakan untuk industri. Ini menarik bagi kami," katanya. 

Terdahulu, Dato' Seri Mukhriz dan delegasi kerajaan Kedah melawat kilang Tsuji Oil Mills Co Ltd, yang terkenal kerana mampu mewujudkan teknologi nilai tambah kepada produk pertanian makanan.
Usaha seperti itu merupakan antara perkara baharu yang boleh diterokai di Kedah.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama syarikat Tsuji Oil untuk membuat penyelidikan mengenai buah-buahan di Kedah yang boleh digunakan untuk industri.

Katanya kerajaan negeri berminat untuk memajukan lagi industri pertanian yang dijalankan di Kedah terutama dalam soal yang melibatkan penanaman padi.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Guna Teknologi Terbaru Jepun Tingkat Hasil Pertanian Kedah - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top