Latest News

Saturday, 6 December 2014

#AFFSuzukiCup : Harimau Malaya Sedia Baham Vietnam



Malam esok penentuan separuh akhir pertama antara skuad Harimau Malaya menentang Vietnam dalam Piala AFF 2014 di stadium Shah Alam dan pastinya peluang beraksi di halaman sendiri akan di laksanakan dengan baik walaupun kita akui Vietnam bukan lawan yang mudah.

Dalam 5 perlawanan lalu menentang Vietnam , skuad Harimau Malaya hanya menang sekali di Stadium Bukit Jalil dengan jaringan 2-0 pada tahun 2010. 

Melihat situasi semasa, mental dan fizikal para pemain Harimau Malaya kini sudah mencapai tahap “200 peratus” dan hanya menunggu untuk meledak di Stadium Shah Alam malam esok.

Dollah Saleh berkata , segala maklumat mengenai Vietnam telah disalurkan oleh jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee selain pemerhatian terperinci pembantunya, Reduan Abdullah yang menyaksikan skuad bimbingan Toshiya Miura itu beraksi ketika menentang Laos di peringkat kumpulan.

“Jika ditanya tahap persediaan kami, saya boleh katakan kami kini sudah berada di kemuncak dan fokus kami 200 peratus kepada perlawanan menentang Vietnam.

“Segala kekuatan dan kelemahan Vietnam sudah dikaji sepenuhnya, bukan sahaja melalui pemantauan khas Kim Swee semasa berada di Hanoi, tetapi juga menerusi Reduan yang turut berkesempatan menonton aksi pasukan itu semasa bertemu Laos.

“Andai kata lawan meletakkan sembilan pemain sekali pun untuk bertahan, kami mesti mendapatkan gol supaya dapat membawa ke­lebihan untuk pertemuan separuh akhir kedua kelak.

“Para pemain mahu memberikan sesuatu yang istimewa kepada penyokong walaupun tanpa Amri Yahyah dan Shukor Adan (kedua-duanya digantung satu perlawanan).

“Ketiadaan mereka berdua tidak menjejaskan kekuatan kami,” katanya dalam sidang akhbar pe­ngurus pasukan di Wisma FAM semalam.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #AFFSuzukiCup : Harimau Malaya Sedia Baham Vietnam Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top