Latest News

Saturday 6 December 2014

Operasi Pemantauan Vesel Berjaya Menyita 90 Bot Nelayan

gambar hiasan

Operasi Pemantauan vesel oleh Jabatan Perikanan bermula dari 1 Disember lalu dan berakhir semalam telah berjaya menyita sejumlah 90 bot nelayan kerana melanggar syarat menangkap ikan di sekitar perairan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Johari Ramli berkata 79 kes melibatkan bot pukat rawa surong, dua pukat tunda dan selebihnya melibatkan bot pukat hanyut, pukat keroncong serta bot yang beroperasi tanpa lesen.

Beliau berkata operasi melibatkan 57 anggota dan pegawai jabatan itu turut merampas pelbagai jenis peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang kesemuanya dianggar bernilai RM300,000.

"Tumpuan operasi ini ialah membanteras kegiatan bot pukat rawa surong yang diharamkan sejak 16 Mei tahun lepas namun kami dapati masih ramai yang berdegil dan bilangannya menunjukkan peningkatan,"

Kaedah menangkap ikan menggunakan pukat rawa surong yang diperbuat daripada buluh panjang lebih murah dengan kos sekitar RM2,000 dengan pendapatan boleh mencecah sehingga RM1,000 sehari, katanya.

Johari berkata bagaimanapun aktiviti itu boleh mengancam kawasan pembiakan ikan kerana ia mampu menangkap ikan di perairan cetek termasuk di celah hutan bakau yang berkedalaman antara 0.6 meter hingga 0.9 meter.

"Ikan kerisi, kembung, bawal, anak udang dan ketam diancam kepupusan. Justeru Jabatan Perikanan merancang menganjurkan program kesedaran kepada nelayan mengenai kesan penggunaannya kepada kelestarian sumber laut negara," katanya.

Beliau berkata Jabatan Perikanan tidak akan mengeluarkan lesen kepada nelayan terbabit melainkan mereka menukar kaedah menangkap ikan mengikut syarat ditetapkan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Operasi Pemantauan Vesel Berjaya Menyita 90 Bot Nelayan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top