Tengah hari tadi, Exco Kerajaan Negeri Kedah , Dato Haji Mohd Rawi Abd. Hamid telah datang melawat dan membantu memunggahkan barang-barang bantuan di Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Banjir di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon.
Operasi ini melibatkan urusetia BN Negeri dan BPUNK serta para petugas sukarelawan dari Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian.
Sebelum ini dua buah treler dan 19 buah kenderaan pacuan 4 roda yang membawa barangan bantuan telah dihantar pada 01 Januari 2015 di Sekretariat Ibu Pejabat Umno Kelantan. Dua buah lori bantuan sumbangan juga telah dihantar ke kawasan-kawasan bencana sekitar Perak.
Sehingga hari ini bantuan terus diterima dari pelbagai pihak, pusat ini sepatutnya beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 06.00 petang tetapi kadang kala di lanjutkan sehingga jam 12.00 malam kerana masih menerima barangan bantuan.
0 comments:
Post a Comment