Seramai 31 orang pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa dan Jeli selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar yang dibawa pulang hasil usaha NGO Jaringan Gelombang Merah dan Kerajaan negeri Kedah.
Ketibaan pelajar-pelajar terbabit lapangan terbang telah disambut keluarga mereka serta Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato Hj Tajul Urus yang mewakili YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir
Usaha membawa balik pelajar UMK ini telah jalan setelah YAB mendapat aduan dari para pelajar yang mengatakan ada pelajar Kedah yang terkandas dan terputus hubungan.
Keadaan banjir semakin meruncing baru-baru ini menyebabkan Kerajaan Negeri mencari inisiatif bagi menyelamat dan membawa balik pelajar terbabit bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
0 comments:
Post a Comment