Keputusan itu menyaksikan skuad Helang Merah yang mengutip 42 mata, terus unggul di tangga teratas carta Liga Perdana dengan baki tiga perlawanan, selain turut melebarkan jurang kepada empat mata ke atas pencabar terdekat, T-Team yang mengutip satu mata di laman sendiri.
Dalam aksi malam tadi, pemain import dari Nigeria, Chidi Edeh seolah-olah melepaskan geram setelah berehat panjang akibat kecerderaan apabila muncul wira Kedah dengan jaringan hatrik pada minit ketiga, ke-28 dan ke-59.
Manakala JDT II meraih gol menerusi Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-31 dan ke-65.
Berbekalkan tiga perlawanan liga sahaja lagi, Kedah terus selesa di tangga pendahulu dengan kelebihan empat mata apabila pesaing terdekat di tangga kedua, T-Team seri 1-1 dengan DRB HICOM.
Berbekalkan tiga perlawanan liga sahaja lagi, Kedah terus selesa di tangga pendahulu dengan kelebihan empat mata apabila pesaing terdekat di tangga kedua, T-Team seri 1-1 dengan DRB HICOM.
0 comments:
Post a Comment