Latest News

Thursday 13 April 2017

Sudah-sudahlah Membuat fitnah Wahai TV3 (Buletin Utama)



Wahai TV3 (Buletin Utama) sudah-sudahlah membuat fitnah


TV3 Suku tak berhenti-henti membuat fitnah.

Setahu admin, tak pernah Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan tidak mahu berdebat dengan Haris mengenai kekayaan beliau yang kononnya dikatakan 'multi bilionair', cuma beliau mahu Haris buktikan bahawa beliau mempunyai wang sebanyak RM1Bilion.
Dah kata multibilionair dah tentu ada duit berbilion-bilionkann?

Jikalau terdapat bukti, wujudnya wang yang dikatakan tu, Dato Seri sanggup memberi sumbangan RM500 juta kepada pembangunan Pokok Sena dan RM500 juta kepada Jerlun. Jikalau Haris gagal, Haris pula terpaksa menyumbangkan jumlah yang sama kepada kedua-dua parlimen tersebut.

Tapi cabaran itu belum disambut.

Kalau tak berani bermakna Haris tak yakin dengan isu yang dia bawa. Sebab tawaran atau ganjaran tu umpama durian runtuh kepada Haris jika dakwaannya tu benar. Tapi orang fitnah dan menipu, mana nak beranikan?

TV3suku pula saban hari mengulang tayang isu debat Haris ini dengan mengambarkan seolah-olah Dato' Seri Hj Mukhriz yang mengelak dari berdebat. Permainan propaganda berulang ini sengaja dibuat, bagi mewujudkan tanggapan negatif kepada keluarga Tun Dr Mahathir, lebih-lebih lagi Dato Seri Hj Mukhriz.

Adalah amat tepat sekiranya beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap siaran berita fitnah itu. Makin dibiar makin melampau, umpama syaitan menyesatkan umat Islam dengan pelbagai helah bagi menghalalkan tuannya yang munafik. - Admin
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sudah-sudahlah Membuat fitnah Wahai TV3 (Buletin Utama) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top