Latest News

Tuesday 7 January 2020

MUKHRIZ TOLAK KEMUNGKINAN GANTI MASZLEE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MUKHRIZ TOLAK KEMUNGKINAN GANTI MASZLEE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
SELASA (7.1.2019)



ALOR SETAR - Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir hari ini menolak spekulasi mengatakan beliau akan dipanggil ke Pusat bagi menggantikan Dr. Maszlee Malik yang meletakkan jawatan selaku Menteri Pendidikan baru-baru ini.
Menteri Besar berkata, masih banyak perkara yang hendak dilakukan di Kedah dengan beliau sendiri tidak tahu bagaimana namanya boleh ditimbulkan hingga pelbagai berita tidak sahih ditularkan di media sosial kebelakangan ini.
"Tidaklah kot... Banyak lagi kerja nak dibuat di Kedah.
"Memanglah tular macam-macam tetapi entahlah, mungkin 'depa' banyak sangat masa untuk buat poster, masukkan gambar lama dan buat andaian bukan-bukan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Menara MBAS dekat sini, hari ini.
Kebelangan ini tersebar khabar dan poster dihasilkan pihak tertentu mengenai perkara tersebut dengan beberapa individu terdiri daripada timbalan menteri dan exco dikatakan akan menggantikan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah.
Namun laman media sosial rasmi Mukhriz, Mukhriz Mahathir FC telah beberapa kali memuat naik poster-poster tersebut serta mengklasifikasikannya sebagai palsu.
Sementara itu Mukhriz berkata, beliau langsung tidak tahu menahu mengenai peletakkan jawatan Maszlee sebelum ini biar pun bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehari sebelum sidang media itu berlangsung.
"Tun langsung tak maklumkan apa-apa pada saya dan tak sebut sepatah pun tentang perkara itu. Jadi bila orang tanya saya tentang perkara itu, memang saya jawab tak tahu.
"Siapa penggantinya pun kami tak tahu dan serahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri kerana itu memang hak prerogatif beliau. Kami di Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pun tak akan masuk campur," katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MUKHRIZ TOLAK KEMUNGKINAN GANTI MASZLEE DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN Rating: 5 Reviewed By: Fauzi Hamid
Scroll to Top