Latest News

Thursday, 26 February 2015

Sejarah dan mitos Baling, Kedah.


Baling pernah dikaitkan dengan dua teori asal usul kewujudan daerah kedua terbesar di Kedah iaitu peristiwa Raja Ong Maha Perita atau Raja Bersiong dan perkataan Siam (Thailand) Ban-Lin bermaksud Kampung Kera yang masih dipercayai sehingga hari ini.

Teori pertama menurut Hikayat Merong

Mahawangsa mengisahkan Raja Bersiong dari keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar
memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia dan dianggap bersikap kejam. Baginda terpaksa melarikan diri dan mencabut gigi siong lalu membaling gigi itu akhirnya dikenali sebagai Baling.

Manakala, teori kedua dikaitkan perkampungan Siam dan Burma (Myanmar) diserang oleh kera yang memusnahkan hasil tanaman penduduk.

Susulan itu, penduduk menamakan penempatan mereka itu sebagai Ban-Lin. Ban dalam bahasa Siam bermaksud Kampung, manakala Lin pula kera atau Kampung Kera.


Teori nama Baling

Untuk disesuaikan dengan penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kedah, sebutan Ban-Lin lama kelamaan bertukar menjadi Baling.

Sebenarnya teori terbabit adalah cerita lisan yang diwarisi masyarakat di beberapa daerah tertentu di Kedah. Kisah ini diceritakan turun temurun sejak dulu lagi hinggalah ke beberapa generasi terutamanya di dalam daerah Baling ini sendiri.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sejarah dan mitos Baling, Kedah. Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top