Latest News

Thursday 26 February 2015

RM7 Juta Baik Pulih Muzium di Kedah



ALOR SETAR – Peruntukan sebanyak RM7 juta diperlukan untuk baik pulih dan menaik taraf enam muzium di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB. Aminuddin Omar berkata, permohonan untuk mendapatkan peruntukan itu sudah dihantar kepada Kerajaan Pusat sejak tahun 2014 dan sehingga kini masih menunggu kelulusan.

“Kita berusaha untuk membaik pulih muzium ini kerana hasil laporan diperolehi mendapati, banyak muzium mengalami kerosakan seperti bumbung dan dinding retak serta berlaku kebocoran. Beberapa muzium paling ketara seperti Balai Seni Negeri, Muzium Negeri dan Muzium Padi,” jelasnya.


Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah menegaskan, proses menyusun semula atur letak bahan pameran dalam muzium juga memerlukan peruntukan yang tinggi bagi mencantikkan bangunan itu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: RM7 Juta Baik Pulih Muzium di Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top