Relau peleburan besi hitam yang masih ada di Sungai Batu. |
Bersambung lagi sejarah Kedah..
Besi Terbaik di Dunia pada Zaman Dahulu ada di Kedah
Penemuan tinggalan sebuah tamadun purba yang hebat sekitar tahun 500 Sebelum Masihi lagi di Sungai Batu telah membuktikan bahawa nenek moyang orang Melayu sudah lama mengamalkan cara hidup yang bertamadun sebelum kedatangan pengaruh dari luar lagi.Tambahan lagi,beberapa tapak loji pemprosesan besi purba yang ditemui di sana juga membuktikan bahawa nenek moyang kita sudah mempunyai kepakaran yang tinggi dalam teknologi berasaskan besi sejak zaman dahulu lagi.
Sememangnya penemuan-penemuan ini telah membenarkan catatan-catatan dari tamadun luar mengenai Kedah yang satu ketika dahulu menjadi pusat pembangunan industri besi yang terkenal di dunia malahan besi yang dibuat oleh orang Kedah ini tiada tolok bandingannya di dunia pada masa itu.
Abu Dullaf al Muhalhil,seorang pedagang dari Bukhara telah datang ke sini pada tahun 940 Masihi dan merekodkan kepada kita satu cerita yang menarik mengenai Kedah Tua;
“Apabila saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…”
Al Idrisi pada tahun 1154 pula merekodkan ;
“Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”
Berdasarkan cerita dua orang pedagang Arab tersebut,kita dapat mengetahui bahawa Kedah satu ketika dahulu bukan sahaja muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa,malahan menjadi pusat pemprosesan besi terkenal di dunia pada masa itu.
Rekod al-Kindi pada sekitar abad ke 9 Masihi menyatakan bahawa tiga besi terbaik di dunia pada masa itu boleh didapati di tiga buah tempat;
1) Yemen
2) Hindi
3) Qalai (Kedah Tua)
Selama ini,kita sering mendengar bahawa eksport utama dari tanah Semenanjung yang terkenal pada zaman dahulu adalah bijih timah dan emas.Nampaknya catatan pedagang Arab pada zaman dahulu dan dibuktikan dengan penemuan loji pemprosesan besi purba di Kedah membuktikan bahawa satu masa dahulu,besi juga termasuk antara eksport yang terkenal dari tanah Semenanjung,dan tambahan pula,besi Kedah (besi Qalai) ini pula dikatakan antara tiga besi terbaik di dunia pada masa itu!
Dipercayai bahawa salah satu daripada pedang nabi kita Rasulullah S.A.W adalah diperbuat di Kedah!
Sejarah Panjang Raja-Raja Melayu Kedah Yang Mengasyikkan
Sejarah raja-raja Kedah boleh dirujuk seawal pada Merong Mahawangsa. Sebenarnya Merong Mahawangsa, pengasas kerajaan Kedah Tua ini adalah kisah yang melambangkan perwatakan bangsa Melayu kita suatu masa dahulu. Apakah tugas Merong Mahawangsa? Baginda MEMANDU pelayaran rombongan kerabat raja Rom ke China. Dan orang Melayu menjadi bangsa atau orang tengah yang menggabungkan dua bangsa bangsa, menjadi pakar diplomasi dan penyatu kepada dua tamadun dunia yang hebat.
Apa yang ingin digambarkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa, yang menceritakan asal-usul dan kisah raja pertama sebuah kerajaan yang pernah berdiri di bumi Kedah dahulu, iaitu Langkasuka adalah sikap dan profesion orang Melayu pada masa dahulu itu sendiri.
Semua harus sedar bahawa orang Melayu adalah orang tengah di selat yang menjadi pertemuan dua tamadun. Barat dan Timur, Eropah dan China, Arab dan India, semuanya berkumpul di sebuah pelabuhan yang dibangunkan oleh orang Melayu. Kejayaan pelabuhan Melayu ini tidak akan berjaya tanpa sifat yang digambarkan dalam diri Merong Mahawangsa itu sendiri. Raja pertama kerajaan Kedah Tua ini adalah cerminan tamadun Melayu itu.
Bayangkan,lama sebelum Sri Indraditya memberontak dari pentadbiran orang Khmer dan menubuhkan kerajaan Sukhotai, dan raja-raja Ayuthia dan Melaka masih berada di alam roh lagi.Kedah sudah lama menjadi sebuah kerajaan yang besar dan menjadi tumpuan dunia dengan sejarah raja-rajanya yang mengasyikkan. like emoticon like emoticon
Sejarah Kedah Tua memang arsem.Sebelum orang-orang di Jawa Tengah bina Borobudur,sebelum orang-orang di sekitar Tasik Tonle Sap bina Angkor Wat,sebelum orang-orang Burma bina Bagan,orang-orang Kedah dah bina kompleks candi di Lembah Bujang beratus tahun sebelum itu.
Kemudian, Kedah mengenali seorang raja dalam sejarah purba mereka sebagai Raja Bersiong yang bersusor galur dengan Merong Mahawangsa. Kalau Eropah terkenal dengan kisah raja dracula mereka, kita orang Melayu juga berkongsi kisah yang lebih kurang sama.
Nama sebenar raja ini adalah Raja Inderawangsa. Dalam petitih-petitih berbahasa Mon (kadang-kadang selit dalam kitab Pali) dan kemudian disalin dalam bahasa Siam (Thai lama campur istilah-istilah Khmer purba) barulah timbul gelaran Phra Ong Maha Perita Deria.’Perita Deria’ itu cognate dari Sanskrit,ia macam nama anak dia,Phra Ong Mahapudisat, nama hujung tu ‘Mahapudisat’ adalah kognat bagi ‘Mahabodhisatva’. Nama ini akhirnya muncul dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Perlu diketahui, nama-nama raja Kedah Tua popular sampai ada versi Mon dan Siam.Orang Khmer menggelarkan dinasti Kedah Tua sebagai ‘Ketomala’.Lihat nama-nama raja Kedah Tua dahulukala, siap ada 3 nama-nama standard, nama Mon/Siam dan gelaran tempatan.
Raja Inderawangsa inilah yang dikatakan sangat suka memakan sayur bayam, lalu pada suatu hari, seorang tukang masak istana telah terhiris jarinya sewaktu memasak sayur bayam. Ketika itu, Raja Inderawangsa baru sahaja balik berburu dan dia pun memakan masakan sayur bayam itu. Aneh, sayur bayam itu lebih sedap daripada biasa. Selepas disiasat, maka tukang masak itu mengaku akan hal sebenarnya.
Diceritakan bahawa Raja Inderawangsa ini kemudiannya menyuruh agar semua penjahat-penjahat dibunuh semata-mata raja ini mahu meminum darah mereka. Diceritakan sampai satu masa, maka habis kosong penjara ketika itu. Maka si raja pun mencari sasaran iaitu kanak-kanak kecil dan rakyat yang lemah. Kezaliman Raja Inderawangsa ini kemudiannya dibayar dek pemberontakan oleh rakyat dan menteri baginda sendiri. Baginda kemudian dikatakan lari ke dalam hutan dan mangkat di dalamnya.
Namun kisah Raja Inderawangsa ini bukanlah satu-satunya kisah yang perlu diketahui oleh rakyat Kedah tentang raja-raja purba mereka yang pernah memerintah Kedah suatu masa dahulu. Insan yang bernama Raja Phra Ong Mahawangsa adalah insan yang harus dijulang namanya dalam sejarah. Pada pemerintahan baginda, Kedah telah berjaya diIslamkan oleh Syeikh Abdullah Al Qumairi sekitar abad ke 12,iatu pada tahun 1136 Masihi.
Maka pemerintahan Kedah Tua yang bersusor galur dengan Tamadun Sungai Batu yang berusia 500 SM ini terus bertukar menjadi Kesultanan Kedah, iaitu antara kesultanan tertua di dunia, menyambung legasi monarki Kedah sehingga ke hari ini, menjadikan monarki Kedah antara yang tertua di Asia! Selepas memeluk Islam, Raja Phra Ong Mahawangsa ini memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah I.
Keluasan Kedah pada masa itu bukanlah sekecil sepertimana pada hari ini,sebaliknya kekuasaan Kedah sebenarnya menganjur dari Tenang Siram (Tennaserim,kini berada di bawah kekuasaan Myanmar),Ujung Salang (Phuket),Trang,Setul Mambang Segara (Satun),Perlis hingga ke Pulau Pinang dan utara Perak.Ya,pada zaman dahulu,Kedah merupakan sebuah negeri besar di mana kekuasaanya sehingga melepasi Segenting Kra nun di utara sana.
Bersambung lagi nanti..
0 comments:
Post a Comment