Latest News

Tuesday 28 July 2015

RAGBI: Kedah Sasar Separuh Akhir




Kedah memasang cita-cita mara sehingga ke separuh akhir Kejohanan Ragbi 7-Sepasukan Kebangsaan 2015 di Padang Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 dan 9 Ogos ini.

Presiden Kesatuan Ragbi Kedah Darul Aman Datuk Othman Aziz berkata skuad negeri ini sedang menjalani persiapan rapi dalam memastikan sasaran itu mampu digapai.

"Sasaran untuk kategori senior itu adalah realistik selepas mereka hanya menduduki tempat keenam pada kejohanan tahun lepas," katanya pada sidang media kejohanan di sini hari ini.

Sebanyak 14 pasukan, masing-masing akan bertanding dalam kategori remaja bawah 19 tahun merebut Piala Remaja Milo dan kategori senior bagi merebut Piala Ung Khek Cheow.

Sementara itu, Othman berkata majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan itu akan disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kategori remaja bawah 19 tahun (Piala Remaja Milo):

Kumpulan A: Kelantan, Melaka dan Majlis Sukan Universiti Malaysia

Kumpulan B: Selangor, Perlis dan Kedah

Kumpulan C: Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Angkatan Tentera Malaysia

Kumpulan D: KL Saracens, Johor, Terengganu dan Pulau Pinang



Kategori senior (Piala Ung Khek Cheow):

Kumpulan E: Kelantan, Putrajaya dan Kuala Lumpur

Kumpulan F: Johor, Perak dan Polis Diraja Malaysia

Kumpulan G: Angkatan Tentera Malaysa, Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan

Kumpulan H: Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

--BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: RAGBI: Kedah Sasar Separuh Akhir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top