Latest News

Sunday 21 December 2014

#AFFSuzukiCup : Harimau Malaya Tetap Membanggakan Negara


Kuala Lumpur - Walapun menang di laman sendiri dengan keputusan 3 - 2, namun Skuad Harimau Malaya tetap tumpas di tangan Thailand dengan agregat 4-3 dalam aksi final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. 

Dalam aksi pertama final piala AFF Suzuki di Bangkok rabu lalu, skuad kendalian Dollah Salleh ini tumpas 0-2 di tangan Thailand dan keputusan malam tadi telah mengesahkan Thailand muncul juara Piala AFF Suzuki 2014. 

Malam tadi, Malaysia mendahului Thailand 2-0 pada separuh masa pertama melalui jaringan Safiq Rahim pada minit ke-6 dan Indra Putra Mahayudin pada m-47.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh kembali menggandakan serangan dan Safiq menambah gol peribadi menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-58.

Namun skuad Gajah Perang kembali memperkemaskan jentera serangan dan berjaya mengikat agregat menjadi 3-3 pada m-81 hasil jaringan penyerang kelahiran Switzerland, Charyl Yannic Chappuis.

Thailand memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan gol Chanathip Songkrasin pada minit ke-88.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga beliau dengan persembahan hebat yang dipamer skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil

"Walaupun kalah saya bangga dengan persembahan Harimau Malaya.

"Insya-Allah akan lebih cemerlang di masa akan datang," kata Najib dalam catatan terbaharu beliau di Facebook dan Twitter.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #AFFSuzukiCup : Harimau Malaya Tetap Membanggakan Negara Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top