Latest News

Thursday, 4 December 2014

Bagaimana agaknya wajah Pekan Rabu di Ukir Mall?






Lihat sendiri keadaan premis sementara untuk peniaga Pekan Rabu yang ditempatkan di Ukir Mall. Kunjungan pertama ke dalam sana, kami tertarik dengan premis sementara berwarna kuning dan ada papantanda yang melambangkan imej mereka peniaga Pekan Rabu yang berpindah sementara di Ukir Mall.

Keadaan premis memang agak kecil berbanding yang lama. Namun persekitaran lebih bersih dan berhawa dingin. Jauh lebih selesa jika hendak dibandingkan dengan keadaan Pekan Rabu lama yang sempit, panas dan tak selesa untuk para pengunjung.

Setiap tempat sudah tentu ada kelebihan dan ada kekurangannya.




Kita tak boleh harapkan 100% sama seperti premis lama. Nama pun sementara, sudah tentu ada sedikit kecacatan, namun ianya boleh dibuat penambahbaikan.

Premis barangan kering pulak, terletak diluar Ukir Mall. Keadaan panas sudah tentu (kerana diluar) tapi jika difikirkan,secara positif, ianya hanya terletak ditepi jalan. Parking kereta atau hanya memandu masuk, dah boleh beli kuih ditepi jalan.

Maklum balas yang kami terima, peniaga barangan kering yang mula-mula pindah ke Ukir Mall, ada jualannya mencecah hingga RM1000 lebih sehari, itu hanya pada hari biasa.

Cuba bayangkan waktu cuti sekolah pulak? Lagi la hebat jualannya.

Kalau waktu raya nanti pula, kawasan tersebut akan menjadi tumpuan, premis hanya ditepi jalan, tak perlu susah payah susun meja kerusi lagi. Pelanggan tak perlu berhimpit masuk ke Pekan Rabu, nak membeli belah pun mudah.

Cuma kami takut, bila sampai masa untuk pindah masuk ke Pekan Rabu baru yang telah siap. Ada pula yang ingin terus tinggal di Ukir Mall nanti, dan membuat bantahan seperti mana sekarang kerana dah selesa disitu.

Admin: Bertambah peninglah jadinya nanti.




P/s: Gambar dua hari lepas.. gambar terbaru, kami akan update dalam posting nanti.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bagaimana agaknya wajah Pekan Rabu di Ukir Mall? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top