Latest News

Sunday 7 December 2014

Cardiff City Football Tawar Latih Pemain Muda Kedah!


Lagi berita baik yang dibawa oleh rombongan Kedah ke Cardiff City. Cardiff City Football Club (CCFC) menawarkan latihan khas kepada 2 pemain bawah 18 dan 2 pemain bawah 21 tahun dari Kedah selama sebulan.

Pengumuman itu dibuat oleh En. Ken Choo, Ketua Pegawai Khas CCFC di dalam 1 sidang media di Cardiff City Stadium.

Turut hadir dalam Majlis ini YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir selaku Presiden KFA, YB Aminuddin (Pak Tam) selaku Setiausaha Kehormat KFA dan YB Badrol Hisham selaku Naib Presiden KFA.


Untuk pengetahuan pembaca, Cardiff City Football Club merupakan kem latihan bola sepak yang berkualiti di England. Latihan selama sebulan ni, merupakan pendedahan yang bagus pada pemain muda, bagi menimba pengalaman.

Mengulas tawaran dari pihak CCFC ini, YAB Dato Seri Mukhriz, mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan CCFC di atas peluang keemasan ini dan beliau berharap 4 pemain yang bakal dihantar berlatih disini awal Januari depan, akan mendapat pendedahan kepada sistem dan disiplin latihan yang terbaik dan ianya akan meningkatkan lagi kualiti permainan mereka bersama pasukan Piala Belia dan Piala Presiden nanti.

Syabas pada Persatuan Bola Sepak Kedah kerana berjaya mengambil peluang yang bermanfaat kepada pasukan bola sepak negeri kita.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Cardiff City Football Tawar Latih Pemain Muda Kedah! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top