Hanya 45 minit lagi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2014 di Stadium Shah Alam antara Harimau Malaya menentang Vietnam.
" Kalau Vietnam bertahan dengan sembilan pemain di depan pintu gol sekalipun, kami tetap mencari jalan menebusinya"
Itulah kata-kata semangat dari jurulatih skuad Harimau Malaya Dollah Salleh yang bersedia mengarahkan anak-anak buahnya bermain dan gempur habis-habisan kubu Vietnam sebentar lagi.
Harimau Malaya perlu mencari bekalan selesa sebelum berkunjung ke Stadium Nasional My Dinh, 11 Disember ini.
Menurut Dollah Salleh, Skuadnya perlu sekurang-kurangnya bekalan 2 gol berbalas kosong untuk ke Hanoi dalam separuh akhir kedua nanti.
Untuk malam ini dikhabarkan peminat sudah mula sampai ke Stadium Shah Alam sejak jam 4 petang lagi . Tentunya sokongan puluhan ribu peminat Harimau Malaya akan menyemarakkan lagi semangat Skuad Harimau.
0 comments:
Post a Comment