Kita sedar bahawa US adalah sekutu terbesar Israel dalam menjana dan membina semula negara haram di atas tanah Palestine.
Bahkan kita tahu, senjata, kewangan bahkan teknologi semuanya datang dari US. Khasnya untuk menentang Palestine, meningkatkan keselamatan, seterusnya menjajah negara Islam yang semakin dirundung malang itu.
Senjata pembunuh US itulah yang membunuh ribuan kanak-kanak dan ibu-ibu yang tak berdosa di Palestine. Dimana keadilan dunia? Negara mereka dijajah dan mereka ditindas!
Kemudian, kini US boleh bangun bercakap mengenai keadilan dan demokrasi? Kononnya merekalah pejuang keadilan. Mereka umpama pembunuh yang menasihati orang supaya jangan mencubit!
Perkara ini turut dirasai oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir apabila beliau membidas keras terhadap perbuatan tersebut.
"How does US supply of deadly weapons to Israel killing innocent Palestinian women & children help promote democracy & justice?"
Atau dalam bahasa melayunya.
Bagaimana US yang membekalan senjata maut kepada Israel untuk membunuh wanita Palestin & kanak kanak yang tidak berdosa, boleh membantu mempromosikan demokrasi & keadilan?"
US mahu Malaysia bersikap adil terhadap Anwar? Kononnya kita sekarang berlaku kejam. Apakah US sebenarnya tak sedar diri. Betulkan diri mereka dulu sebelum campur hal negara orang lain.
0 comments:
Post a Comment