Latest News

Monday 1 December 2014

Hudud : Terserah Kepada Kelantan Bila Mahu Bentang Di Parlimen - Jamil Khir



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.

Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.

"Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.

Mohd Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hudud : Terserah Kepada Kelantan Bila Mahu Bentang Di Parlimen - Jamil Khir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top