Latest News

Monday, 1 December 2014

Video : Hayati Kisah Beruk Dan Pembangkang Selalu Tidak Berpuas Hati


Pembahas daripada negeri Kedah Ustaz Mohd Kamal Saidin pula dilihat memukau suasana Dewan Merdeka dengan lontaran fakta berlandaskan Al Quran sambil diselit bersama jenaka spontan.

Mohd Kamal, 60, yang dikatakan sudah sinonim dan lali dengan suasana pentas itu kelihatan selesa dengan memberikan contoh-contoh perumpamaan berunsur ilmu yang dikongsi bersama perwakilan dan ahli-ahli UMNO


"Jangan jadi perangai macam kerengga, badan ramping dan comel (semata-mata). Pokok kita tanam rimbun. Apabila kita hendak mengambil buah, orang Kedah kata dia 'ketik' (gigit). Pokok, negara kita, janganlah ketik kita.

"Hendak ambil beruk, dia (tuan) kena sayang pada bini (isteri) lebih daripada beruk. Kalau naik motosikal patutnya kalau dah sayang bini, letak di depan manakala beruk letak di belakang. Tetapi letak beruk dihadapan, nampak dia sayang beruk lebih daripada bini. Beruk tidak tahu nilai erti sayang, diraba sini sana. Tidak tahu (fungsi) suis motor. Bayangkan motosikal mati di dalam keadaan 'gear' moto yang sedang 'pacak' (bergerak). Kalau ikutkan marah, hendak ditampar-tamparnya tetapi beruk inilah juga yang hendak memanjat pokok 'nyior' (kelapa). Begitu juga kalau hendak marah tetapi yang inilah juga (tuding jari kepada perwakilan) akan berkempen ke seluruh negara, kuatkan bahagian masing-masing.

"Tadi letak beruk di depan, sekarang letak di belakang pula manakala bini tinggal di rumah. Tetapi beruk ini (pelbagai ragam) tepuk bahu dan menggaru belakang tuannya. Sedang berjalan (bergerak) 'dikalih' (dipusingkan) topi keledar ke belakang, tuannya tidak nampak jalan dan terbabas. Jadi apa yang saya ingin kiaskan, jangan biarkan beruk mati, beruk rakyat kita. Jangan biarkan tuan beruk mati, kepimpinan kita. Jangan biarkan motor lingkup (musnah), negara kita tidak rela dikuasai (penjajah) semula.

"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah, selagi (pemerintah) menyuruh kamu bersembahyang, berzakat dan berjihad maka haram bagi kamu mencaci mereka, maka halal bagi kamu supaya taat," ujar beliau.

Dalam masa sama, ketika di awal perbahasannya Mohd Kamal menggariskan 13 perkara berhubung kait soal usul yang dibahaskannya.

Antaranya adalah seperti mempertahankan agama Islam, institusi Raja, Mufti, sistem kehakiman, serta pasukan keselamatan negara daripada terus dihina dan diperlekeh oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda jahat.

Justeru itu, beliau mengajak perwakilan agar mengambil renungan daripada firman Allah S.W.T sebagaimana yang terkandung di dalam Al Quran.

"Kita terjemahkan erti solidariti berdasarkan Al Quran. Lahir dan wujudkan masyarakat bersatu padu. Janganlah kita berbalah sesama sendiri. Rakyat akan menderita dan terseksa jika negara dijajah semula. Lihat sahaja apa yang berlaku di negara Iraq, Palestin, Syria dan lain-lain. Ayuh kita mengekalkan keamanan ini.

"Bila sebut pluralisma dan liberalisma yang dibawa oleh agen Yahudi termasuk LGBT. Begitu juga soal kalimah Allah. Demi Allah, UMNO tetap mempertahankan kalimah Allah. Apa yang Allah sebut di dalam Al Quran, membawa maksud maka kafirlah sesungguhnya mereka yang berkata bahawa Allah adalah salah satu daripada tiga tuhan (triniti). Kenapa kita orang Islam membenarkan triniti menggunakan kalimah Allah. Begitu juga sebagaimana terkandung di dalam surah Al Kafirun," tegas beliau sambil kedengaran laungan takbir oleh perwakilan.


Sumber : Rakyat News 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Hayati Kisah Beruk Dan Pembangkang Selalu Tidak Berpuas Hati Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top