Pagi tadi sekitar jam 9 pagi, satu demonstrasi telah diadakan dihadapan bangunan Pekan Rabu dimana wakil peniaga seramai 80 orang, Penguatkuasa dan keselamatan 70 orang.
Situasi tegang berlaku diantara pihak polis, majlis perbandaran, bomba dan SKM dengan peniaga, apabila mereka disuruh pindah dari premis perniagaan mereka.
Terdapat lebih kurang 80 orang peniaga yang membuat bising dan menghalang tugas penguatkuasa.
Mereka membantah dan mendakwa Koperasi Pekan Rabu tidak mendengar suara mereka dan mengajak Pengerusi KPR membuat perbincangan.
Keadaan masih lagi tegang dan berlanjutan hingga 10.48 pagi tadi, apabila kerja kerja pemasangan pagar zink dijalankan.
Mereka mendakwa tidak akan berganjak dari situ hinggalah perbincangan dengan pihak sepatutnya dilakukan.
Ketua Polis Alor Setar datang untuk adakan perbincangan.
Dalam masa yang sama polis dengan kekuatan seramai 20 orang telah menyerbu ke premis namun telah disekat peniaga.
Kemudian bekalan elektrik ke Pekan Rabu telah diputuskan. Polis gagal untuk menyerbu dan pihak SKM menghantar wakil untuk berbincang.
Dalam masa yang sama, pemasangan pagar di sekeliling premis Pekan Rabu sedang dijalankan. Signboard untuk pembinaan juga dipasang.
Sebenarnya pihak yang menentang tidak ramai tapi kebanyakkan hanya mengikut saja.
Kemudian berlaku lagi kekecohan,
kekecohan berlaku apabila seorang pekerja kontrak membuang bumbung, untuk mengambil besi.
Diberitakan besi di Pekan Rabu telah dijual kepada india tersebut.
Peniaga telah mengejar india terbabit hingga hampir berlaku pergaduhan. Akibat dari kejadian tersebut, keadaan tegang.
Polis arah bersurai dan ada peniaga tetap membantah dan mahu perbincangan.
Lalu mereka membuang pagar yang telah dibuat oleh pihak LKPR.
Selesai demonstrasi di Pekan Rabu, Admin MMFC pergi ke Bangunan Ukir Mall untuk bertemu peniaga peniaga yang sudah menjalankan perniagaan mereka sejak diarahkan berpindah.
Dalam temubual dengan 5 orang peniaga. Hampir semuanya positif dan selesa berada ditempat baru, walaupun pada mulanya agak kekok dan jualan juga berkurangan.
Namun setelah berada seminggu jualan juga semakin baik dan persekitaran lebih selesa dari kedai lama.
Maklum balas tentang kedegilan peniaga yang enggan berpindah, atas sebab kedai kecil dan mahu menuntut sesuatu, malah juga ada yang mahu menjadi hero.
Paling menarik, ada diantara penentang sudah mahu pindah, tapi takut atas ugutan sekumpulan penentang dan ada juga yang malu sebab mereka menentang dari awal, malah ramai juga yang hanya ikut-ikutan sahaja.
Tinjauan kami tadi, setelah letrik dan air telah diputuskan di bangunan Pekan Rabu lama, lebih kurang 10 peniaga lagi sibuk menyusun barang di premis baru Ukir Mall.
Kata mereka bangunan lama sudah tidak selamat, struktur bumbung juga dah retak dan bila-bila masa boleh runtuh. Alat pencegahan pemadam api juga sudah tiada.
Oleh itu, mereka berpindah ke premis sementara, untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.
Kami berharap, perkara ini diselesaikan dengan baik dan mengambil kepentingan ramai.
0 comments:
Post a Comment