Latest News

Saturday, 13 December 2014

Kerajaan Kedah Akan Bina Semula Istana Sepachendera


SEPERTI Shah Jahan membina Taj Mahal untuk isterinya, Mumtaz Mahal, Istana Sepachendera, di Jalan Kampung Baru, di Alor Setar juga dibina khas Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah buat isteri baginda, Che Sepachendera.

Reka bentuk istana lama dikenali Istana Kampung Baru yang dibina pada 1882 ini, iaitu selepas baginda menaiki takhta, menyerupai reka bentuk Siam.

Antara putera puteri yang diputerakan di istana terbabit, termasuklah Tunku Ibrahim (Tunku Sulung), Tunku Rokiah, Tunku Zamzam dan Tunku Kasim (Tunku Laksamana).

Disebabkan Istana tersebut sudah terlalu uzur, maka Kerajaan Negeri Kedah akan membaik pulih dan berusaha untuk kembalikan keindahan rekabentuk istana tersebut.



Dato Seri Hj Mukhriz juga telah bersuara dalam Insgramnya.

Binaan yang cantik tetapi telah diabaikan, itulah Istana Sepachendera, Alor Setar.

Insyallah.. Kerajaan Kedah akan mengembalikan keindahannya tidak lama lagi - Mukhriz Mahathir


Berita dipetik dari Sinar Harian.

Istana lama jadi sekolah

Berdasarkan catatan batu penerangan di hadapan binaan terbabit, istana lama ini masih didiami selepas kemangkatan Che Sepachendera, apabila dijadikan sebuah sekolah.

Menurut Tunku Mansor Tunku Kasim, yang juga cucunda kepada Sultan Abdul Hamid, pada peringkat permulaan, istana terbabit menjadi keutamaan buat golongan kerabat diraja mendapat pendidikan awal mereka.

“Tidak lama kemudian, ia dijadikan sebuah sekolah Inggeris dikenali sebagai Sekolah Perempuan Kampung Baru pada 1922 atas usaha Tunku Ibrahim yang mementingkan pendidikan.

“Apabila sekolah dipindahkan ke Jalan Langgar, dekat sini, sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma, ia dijadikan pula Sekolah Rendah Tunku Abdul Halim dan cawangan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,” katanya.

Tunku Mansor berkata, istana yang pernah menjadi tempat kelahiran ayahandanya, Tunku Kasim merupakan antara lambang kemegahan kerana keunikan reka bentuk dan ukirannya.

Hampir 80 peratus rosak

Namun, beliau memaklumkan, istana lama berkenaan terbiar kosong semula tidak lama kemudian.

“Kini, istana lama berhampiran Sungai Raja, di sini, dilihat tidak berpenghuni mahupun digunakan lagi. Lebih kurang 60 hingga 80 peratus struktur binaannya kian rosak,” katanya.

Antara struktur dalaman dan luaran istana lama rosak termasuklah bahagian bumbung, tiang rusuk, tingkap dan serpihan lantai akibat dicengkam sejenis pokok menjalar.

Tinjauan Sinar Harian mendapati istana lama berkenaan sudah pun menjadi sarang kelawar, manakala lantai bangunan tiga tingkat sudah mereput di sana-sini.

Sebagai cucunda, katanya, mereka sememangnya meminta perhatian pihak bertanggungjawab supaya bangunan tinggalan sejarah terbabit dapat dikekalkan.

Miliki nilai sejarah tinggi

Untuk itu, beliau bersama rakan pengkaji sejarah sedaya upaya mempertahankan istana daripada ditelan zaman antaranya cuba membangunkan rekaan asal bangunan.

Secara persendirian, katanya, perasaan kecintaan terhadap warisan sejarah sedemikian sudah menjadi darah dagingnya, maka beliau berharap kemungkinan tersebut jadi kenyataan.

“Dalam usaha memelihara dan memulihara warisan bernilai tinggi ini, kami mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkan lukisan reka bentuk asal istana terbabit,” katanya.

Melalui sejumlah peruntukan kos kewangan, katanya, pihak mereka meminta kerja membaik pulih istana dipercepatkan kerana ia dikhuatiri lenyap suatu hari nanti.

Walaupun ada kekangan, bagaimanapun mereka harap dapat bekerjasama dengan jabatan berkaitan seperti muzium menggunakan pendekatan tertentu bagi mengatasi cabaran ini.

Katanya, mereka sedia mempertahankan istana lama yang berpotensi menjadi warisan sepanjang zaman terbabit bagi memberi peluang generasi masa depan menghayati nilai sejarahnya.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Aduhai admin..nak menulis tentang sejarah bukan buleh ikut sedap tangan ja. Fakta tu kena betoi kalau betoi2 niat untuk generasi masa depan. Kalau nak buat duit, jangan tulis berkenaan sejarah. Fyi, senibina menyerupai siam tu salah, sebab orang melayu ni serata nusantara bukanya semenanjung ciput ni saja. Hat ni la senibina melayu, wat2 budha tu yang gunapakai senibina melayu. Tolonglah jangan merosakkan lagi yang sedia rosak. Kalau nak melambungkan mukhriz pun jangan la sampai menjahanamkan orang lain. Dapat gaji dengan kerja tak ikhlas ni tak berkat, bila tak berkat bagi anak bini makan jadi lagu mana??? Tepuk dada tanya akai, jangan tanya selera sebab selera tu hati.

    ReplyDelete
  2. Maksud saudara Mie, adakah istana ni dahulunya turut berada didalam kwsn tembok batu "kOta Setar" yg gerbangnya dirObohkan pada thn 1960 dahulu??? Adakah istana ini sezaman dgn Masjid lama Kota Setar yg telah dirobohkan & digantikan dgn Masjid Zahir skrg??? Sangat2 setuju dgn saudara...Niat menulis tentang sejarah mestilah mengikut fakta sebenar...Apatah lagi berkait rapat dgn zmn kegemilangan Islam...

    ReplyDelete

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Akan Bina Semula Istana Sepachendera Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top