Latest News

Saturday 13 December 2014

Menteri Besar Kedah Terima Anugerah Khas Veteran ATM



Alor Setar - YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir hari ini menerima anugerah 'Darjah Setia Sentiasa Berjuang' (DSSB) daripada Persatuan Veteran ATM

Anugerah ini disampaikan oleh Menteri Pertahanan YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa majlis Perasmian Perwakilan Tahunan Negara ke 89 Persatuan Veteran ATM di TH Hotel & Resort, Alor Setar, Kedah.

Dalam ucapan beliau, Menteri Besar Kedah mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Veteran ATM kerana menganjurkan majlis ini di negeri Kedah dan juga kepada YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana sudi hadir ke negeri Kedah.

"Saya dan seluruh rakyat Kedah amat menghargai jasa dan pengorbanan mereka, Veteran ATM merupakan pejuang yang amat besar untuk negara" . Katanya .

Kerajaan Negeri Kedah amat mengambil berat mengenai nasib Veteran ATM yang belum memiliki rumah dan berusaha untuk membantu mereka.

Veteran ATM adalah penyokong kuat Barisan Nasional terutama parti UMNO, ada juga diantara Veteran ATM menjadi pemimpin masyarakat seperti JKKK, Imam dan lain-lain.

Diakhir ucapan beliau menyeru Veteran ATM terus menyokong dan membantu kerajaan memajukan negara dan membantu rakyat.

-MMFC
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Menteri Besar Kedah Terima Anugerah Khas Veteran ATM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top