Latest News

Tuesday 30 December 2014

MBN Kedah hantar bantuan ke Pantai Timur




Sebanyak 40 sukarelawan Majlis Belia Malaysia (MBM) negeri Kedah dan Perlis digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan, hari ini.

Presiden MBM Kedah Muhammad Aizat Roslan berkata rombongan 40 orang ke Gua Musang dan Kuala Krai itu bertujuan untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain di pusat pemindahan serta membersihkan kawasan yang terjejas.

"Sejumlah 2.5 tan beras, 500 kotak air mineral, ubat-ubatan, lampin bayi dan keperluan lain akan dibawa ke Kelantan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sana," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Misi Bantuan Banjir Selasa.

Katanya, rombongan terbabit akan menetap empat hari di Kelantan bagi membantu membersihkan sekolah, masjid dan dewan kampung yang mengalami kerosakkan akibat banjir," katanya.

Bantuan pasca banjir menurutnya, akan dilancarkan selepas ini bagi membantu membaik pulih prasarana yang rosak.

Sebanyak 40 sukarelawan belia berkonvoi menggunakan 12 kenderaan pacuan empat roda (4x4) bersama sebuah trak bomba dengan membawa barangan bantuan mangsa banjir ke Kelantan.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penyelaras Misi Bantuan Banjir Kedah Datuk Paduka Md Rozai Shafian berkata kerajaan negeri telah mengarahkan semua Umno Bahagian Kedah mewujudkan pusat pengumpulan barangan bantuan banjir.

"Kita telah tubuhkan pusat pengumpulan barang untuk mangsa banjir di seluruh Kedah dan sekiranya orang ramai mahu menghulurkan bantuan, mereka boleh ke bahagian Parlimen masing-masing atau terus ke kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, di sini," katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MBN Kedah hantar bantuan ke Pantai Timur Rating: 5 Reviewed By: Unknown
Scroll to Top