Latest News

Wednesday, 31 December 2014

Pasaran Getah Ditutup Tinggi



KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia meneruskan kenaikan untuk hari kelima hari ini dengan ditutup tinggi pada akhir sesi dagangan setengah hari, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran positif dengan sentimen yang muncul berikutan gangguan bekalan bahan mentah disebabkan musim hujan dan banjir di Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand, kawasan pengeluar getah utama di rantau ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pada sidang media di sini hari ini, berkata pengeluaran getah Malaysia pada Januari dianggar susut sekitar 30,000 tan disebabkan musim tengkujuh yang menghentikan kegiatan menoreh.

"Bekalan getah dijangka berkurangan secara drastik pada awal 2015," katanya.

Semasa ditutup, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik sembilan sen kepada 524 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 2.5 sen kepada 377.5 sen sekilogram.

Pasaran getah tempatan akan ditutup esok sempena cuti umum tahun baharu dan dagangan akan disambung semula pada 2 Jan.

- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pasaran Getah Ditutup Tinggi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top