Latest News

Friday 19 December 2014

Polis Kesan Taktik Baru Kumpulan IS


Polis mengesan taktik terbaru digunakan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan kumpulan militan dengan menggunakan laluan berbeza untuk masuk ke Syria.

Tindakan itu dibuat bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, taktik itu dikesan hasil penahanan seorang lelaki yang juga petugas PLKN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dia didapati ingin ke negara ketiga terlebih dahulu sebelum ke Asia Barat.

“Dia ialah bekas jurulatih PLKN. Itu sahaja yang saya mahu kongsi. Tidak perlu diperincikan apa yang telah dia lakukan. Memadai lah dengan itu bahawa dia adalah bekas jurulatih PLKN.

Tambahnya, lelaki itu akan terbang ke Brunei sebelum ke Turki dan kemudiannya ke Syria.

“Selalunya dari KLIA akan terus ke negara yang berhampiran Timur Tengah, tetapi dia menggunakan sebuah negara negara asia lain untuk dia pergi ke negara berhampiran Syria. Dia nak mengubah haluan daripada Brunei yang dia ambil. Jangan risau kita memantau mereka semua ini dan kita akan mengambil tindakan yang seterusnya,” tegas Tan Sri Khalid Abu Bakar.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Polis Kesan Taktik Baru Kumpulan IS Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top