Latest News

Sunday, 28 December 2014

#PrayForQZ8501 : Sah Terputus Hubungan, Air Asia Gerak Operasi Menyelamat #AirAsia


Air Asia kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat setelah pesawat milik mereka dilaporkan hilang hari ini .

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan Air Asia hari ini.

Sementara itu, bagi membantu anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat itu, AirAsia telah menubuhkan pusat panggilan kecemasan di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

Pesawat AirAsia dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura pagi ini setelah dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.



Air Asia Sahkan Pesawat Terputus Hubungan

AirAsia Indonesia mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura tidak dapat dihubungi pengawal trafik udara jam 7.24 pagi tadi.

Pada masa ini, pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung status penumpang dan krew dalam penerbangan namun akan memberikan maklumat kepada semua pihak sebaik memperolehnya.

"Masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan AirAsia akan bekerjasama penuh dan memberi perkhidmatan yang diperlukan.

"Pihak kami juga sudah menubuhkan Pusat Panggilan Kecemasan bagi memudahkan keluarga dan rakan mangsa mendapat maklumat lanjut. Mereka boleh menghubungi talian +622129850801 atau melayari laman web AirAsia, www.airasia.com," katanya dalam kenyataan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #PrayForQZ8501 : Sah Terputus Hubungan, Air Asia Gerak Operasi Menyelamat #AirAsia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top