Masuk hari ke empat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia (SAR) berjaya mengesan bangkai pesawat AirAsia QZ8501 menggunakan sistem sonar.
Bangkai tersebut dikesan berada di dasar Laut Jawa, iaitu sehari selepas penemuan serpihan pesawat yang pertama.
Namun belum ada maklumat sama ada pesawat berkenaan masih berada dalam keadaan asal atau sebaliknya
Terdahulu, Ketua SAR, Bambang Soelistyo mengumumkan setakat ini pasukan menyelamat telah menemui enam jasad daripada pesawat berkenaan.
Kapal Perang Indonesia, KRI Bung Tomo turut menemui sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat QZ8501.
Antara objek yang ditemui termasuk peralatan kecemasan, satu unit tingkap kecemasan, beg berisi makanan, kasut kanak-kanak dan sebuah kamera.
Gerakan mencari bagaimanapun dilaporkan berdepan kesukaran kerana ombak besar dan hujan lebat.
0 comments:
Post a Comment