Latest News

Wednesday 31 December 2014

#QZ8501 : Mayat Pramugari Dan Dua Lagi Mayat DiTemui


KUALA LUMPUR: Pencarian mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 pada hari keempat berjaya menemui tiga lagi mayat, di mana salah satunya berpakaian pramugari, lapor metrotvnews.com.

Ketua pasukan SAR Indonesia (Basarnas) FHB Soelistyo berkata selain mangsa wanita yang berpakaian pramugari, dua lagi mangsa yang ditemui adalah lelaki.

“Dengan penemuan ini, enam jenazah berjaya dipindahkan,” katanya dalam suatu sidang media tadi.

Menurut beliau, jenazah mangsa itu masih berada di dalam kapal kerana cuaca buruk. Mayat akan dibawa ke Pengakalan Bun apabila cuaca kembali baik, tambahnya lagi.

Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang hilang daripada radar pada Ahad. Semalam, pasukan SAR telah menemui tiga mayat nahas pesawat itu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #QZ8501 : Mayat Pramugari Dan Dua Lagi Mayat DiTemui Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top