Latest News

Monday 15 December 2014

Seniman Veteran Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia



Seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada Isnin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi akibat komplikasi masalah paru-paru.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Bandar Baru Sentul sekitar pukul 10.30 pagi dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang bersebelahan pusara isterinya, Roseyatimah.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju.

Allahyarham merupakan hero legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris, Dilahirkan pada 1 Januari 1935, Allahyarham cukup terkenal dengan lakonannya sebagai tunggak utama di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Keris Sempena Riau, Sumpah Pontianak dan banyak lagi.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Seniman Veteran Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top