Latest News

Wednesday 17 June 2015

JPJ Kedah Lelong 43 Kenderaan Hari Ini



Sebuah motosikal dilelong serendah RM60 merupakan antara 43 kenderaan dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang mengumpulkan RM16,760 pada siri lelongan pertama untuk tahun ini.

Pengarahnya Amir Onn Mustapha berkata lelongan hari ini membabitkan 29 buah motosikal, enam buah kereta, empat buah lori kecil, tiga buah van dan sebuah bas pekerja.

"Seramai 53 pembida telah menyertai sesi lelongan kali ini di mana bidaan tertinggi yang kita terima kali ini bernilai RM4,000 bagi empat buah lori kecil manakala lelongan terendah adalah sebuah motosikal bernilai RM60," katanya selepas program lelongan awam, Isnin.

Menurutnya, 27 buah kenderaan yang dilelong boleh dilesenkan semula manakala 16 buah lagi adalah skrap iaitu tidak boleh dilesenkan kembali.

Amir Onn berkata lelongan itu dibuat hasil beberapa rampasan yang dijalankan oleh JPJ Alor Setar, JPJ Kulim dan Stesen Penguatkuasa Kuala Ketil berikutan kenderaan terbabit terlibat dengan beberapa jenis kesalahan.

Antara kesalahan melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu dan gangguan pada nombor casis, kata beliau.

Katanya, sesi kedua lelongan awam akan diadakan pada Sept kerana masih banyak kenderaan sitaan yang disimpan di dalam kandang sitaan dan JPJ tidak mahu menyimpan kenderaan itu.

Beliau berkata, JPJ Kedah turut menyita empat buah kereta klon sepanjang tempoh dua tahun melibatkan Honda Civic, Honda Stream, Toyota Wish dan Nissan Liberty bernilai RM300,000.

Kes melibatkan kereta klon di Kedah menurutnya, sangat rendah berbanding negeri lain tetapi JPJ Kedah akan terus memantau supaya kes ini tidak berleluasa dan setakat ini pihaknya hanya menerima dua kes.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: JPJ Kedah Lelong 43 Kenderaan Hari Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top