Latest News

Thursday 18 December 2014

Sejarah Kedah : Kedah Volunteer Force (KVF)



Kedah Volunteer Force (KVF) merupakan sebuah pasukan keselamatan yang mana anggotanya tidak bekerja sepenuh masa. Ia hanya akan dipangil untuk bertugas jika keadaan memerlukan khidmatnya.

Penubuhan KVF ini ekoran daripada minat kerajaan British untuk menubuhkan pasukan-pasukan sukarela si beberapa buah negeri di Tanah Melayu pada tahun 1900-an hingga 1930-an. Permintaan daripada kerajaan negeri Kedah telah mamperkuatkan lagi hasrat British untuk menubuhkan pasukan sukarela ini.

Dalam tahun 1930, kerajaan negeri Kedah telah memohon kepada pihak British supaya menubuhkan pasukan sukarela di negeri Kedah kerana kebanyakan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu yang lain sudah mempunyai pasukan sukarelanya sendiri sejak beberapa tahun yang lalu.

Kerajaan negeri Kedah telah melihat bahawa terdapat kebaikan dari segi langkah keselamatan di sebalik penubuhan pasukan sukarela. Pada tahun 1932/33, satu peruntukan undang-undang telah diadakan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah untuk membolehkan penubuhan pasukan KVF.

Pada peringkat awal penubuhan, KVF kurang berperanan dan lambat berkembang kerana pada ketika itu pihak kerajaan masih menghadapi masalah kewangan akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia. Kepentingannya hanya dapat dilihat pada akhir tahun 1930-an dan di awal 1940-an ketika hampir meletusnya Peperangan Dunia II di Tanah Melayu dengan tentera Jepun. Pada ketika inilah pasukan KVF mula berkembang dengan lebih meluas apabila pengambilan anggotanya semakin meningkat. Mereka juga diperlengkapkan dengan latihan-latihan intensif dan kelengkapan perang.




Kedah Volunteer Force (KVF) mula di buka di Pekan Sungai Petani. Pada peringkat awal penubuhannya, dua platun telah ditubuhkan iaitu:


Plantun A

Major Barrack sebagai jurulatih.
Mempunyai kira-kira 36 orang anggota.
Terdiri daripada pengurus-pengurus estet getah berketurunan inggeris.


Plantun B
Encik Abdul Rahman Munir sebagai jurulatih.
Di anggotai oleh orang-orang Melayu daripada kakitangan kerajaan.

Pusat pentadbiran KVF yang penting telah diletakkan di tiga kawasan iaitu:

Markas dan Ibu Pejabat
Alor Setar di Derga (berhampiran dengan Maktab Sultan Abdul Hamid)
Sungai Petani di Jalan Kolam Air (berhampiran dengan Sekolah Menengah Ibrahim)
Kulim di bangunan yang sekarang ini dijadikan Sekolah Menengah Sultan Badlishah

Sungai Petani merupakan markas utama bagi KVF kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah antara Alor Setar dan Kulim. Selain itu, "Adjuntant" (pegawai tertinggi dalam KVF) juga tinggal di Sungai Petani. Segala perancangan aktiviti pasukan dibuat di sini.

Di antara "Adjutant" yang pernah bertugas dalam pasukan KVF ialah:
C.J.M. Watts (Nov. 1935 - Nov. 1938)
P.H.C. Hayward (Nov. 1938 - Nov. 1940)
A.T. Edgar (Nov. 1940 - 1941)
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sejarah Kedah : Kedah Volunteer Force (KVF) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top