Latest News

Saturday 21 March 2015

26 Perjanjian Bernilai RM9.3 Bilion Dimeterai Pada LIMA'15



Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 (LIMA'15) kali ini mencatatkan peningkatan perjanjian antara Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi penguatkuasaan serta syarikat berkaitan industri.

Sebanyak tujuh kontrak, lima perjanjian persefahaman (MoU), lapan Surat Persetujuan (LoA) dan enam Surat Hasrat (LoI) bernilai RM9.3 bilion berbanding RM4.3 bilion pada penganjuran LIMA'13 sebelum ini.

Ini merupakan peningkatan 121 peratus menjadikan LIMA sebagai platform ideal bagi perniagaan maritim dan aeroangkasa samaada untuk pemain industri tempatan mahupun luar negara.

kesemua perjanjian ditandatangani Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mewakili kerajaan.

Antara syarikat yang mengikat perjanjian pada LIMA kali ini termasuk Aibus Military Sociedad Limitada (AMSL), Destini Prima Sdn Bhd, MTu Services (M) Sdn Bhd, Petronas, Bousted Naval Shipyar Sdn Bhd, Multimedia Consulting Sdn Bhd.

BHIC Bofors Sdn Bhd, SAAB Grintek Defence Pty Limited, Gading Kasturi Sdn Bhd, MAS Airlines Berhad, AirAsia Berhad, Ajensi Tulen Sdn Bhd, FEHM Sdn dan beberapa syarikat lain lagi.

Sumber : Rakyat News 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 26 Perjanjian Bernilai RM9.3 Bilion Dimeterai Pada LIMA'15 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top