Latest News

Saturday 21 March 2015

MBAS Anjur Program 'Jalan-jalan Malam Minggu di Alor Setar' 3 April Ini



Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan menganjurkan 'Jalan-jalan Malam Minggu Di Alor Setar' pada 3 April ini bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati keindahan bandaraya itu pada sebelah malam.

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata program yang bermula pada 8.30 malam itu melibatkan kayuhan sejauh 30 kilometer mengelilingi kawasan di sekitar Bandaraya Alor Setar.

"Selain memberi peluang orang ramai untuk menikmati keindahan Bandaraya Alor Setar pada sebelah malam yang dilimpahi dengan pencahayaan yang berwarna-warni, mereka juga akan diberi kesedaran berkaitan masalah pengeluaran karbon dan pemanasan global," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.



Mat Noh berkata penyertaan dibuka kepada sesiapa sahaja tetapi peserta perlu membawa basikal sendiri ke lokasi perlepasan di Pekarangan Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah sebelum 8 malam.

"Borang penyertaan boleh didapati di Tingkat 9 Menara MBAS atau Majlis Belia Negeri Kedah dan yuran penyertaan bagi dewasa berharga RM20 manakala kanak-kanak 17 tahun ke bawah berharga RM10.

"Penyertaan akan dibuka sehingga 26 Mac ini dan sebanyak 300 helai baju akan diberikan kepada penyertaan terawal. Peserta juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah," katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 013-4354774 atau 012-5018492 atau layari laman web www.mbas.gov.my.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MBAS Anjur Program 'Jalan-jalan Malam Minggu di Alor Setar' 3 April Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top