Latest News

Friday 3 April 2015

ADMC Dairy Farm Bakal Hasilkan Produk Tenusu


ADMC Dairy Farm telah mengorak langkah dan mendapat kepercayaan daripada Kerajaan Persekutuan sebagai syarikat peneraju Projek Penternakan Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project (EPP) 13 - Economy Tranformation Plan (ETP) DI Wilayah Utara khasnya Negeri Kedah.

Selaras dengan permintaan yang semakin meningkat dari produk tenusu di Malaysia dan di seluruh dunia, ADMC telah mengambil langkah berani untuk mengubah keupayaannya sebagai Penternak Tenusu Skala Generasi Ketiga Kecil kepada Penternak Tenusu Berskala Besar dan telah berjaya menjadi sebuah syarikat utama dalam kelompok tenusu di bawah Entry Point Project 13 (EPP 13), Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial, ADMC akan memperkasakan bakat-bakat muda dan penternak tenusu berskala kecil untuk menjadi usahawan tani “agroprenuers” ladang tenusu menerusi Program Pembangunan Tenusu Usahawan Tani “Agroprenuers” .


Berdasarkan model perniagaan ADMC yang disediakan, ADMC akan menggabungkan keupayaan teknikal generasi ke-3 dengan teknologi yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Tenusu Kebangsaan (NDRI) nombor satu di India dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mencipta kejayaan dalam kelompok tenusu di negara kita.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Secara keseluruhan, 60 peserta akan terlibat dalam projek sosial ini dan akan dilatih dari segi aspek ekonomi teori dan praktikal penternakan lembu berdaya maju. Tambahan pula, apabila mencapai status syarikat anchor, ADMC Dairy Farm Sdn Bhd akan menjadi salah satu pusat kecemerlangan penternakan lembu tenusu dan perniagaan berskala kecil serta mengaspirasikan cita-cita penternak lembu tenusu.


Katanya lagi, setelah meneliti keupayaan dan perancangan pembangunan industri tenusu serta program memperkasa penternak-penternak tempatan syarikat ADMC Dairy Farm Sdn. Bhd., pihak Koperasi Penternak Tenusu Negeri Kedah dengan sukacitanya bersetuju berkerjasama dengan syarikat ADMC dalam menjayakan Usaha Pembangunan Industri Tenusu di Negeri Kedah Darul Aman.

Antara perkara-perkara yang dapat dilaksanakan dalam usaha kerjasama melalui projek tenusu ini adalah seperti berikut:

• Mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), Sungai Petani dengan restu pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.

• Mengurus Heifers Park, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah di Bedong.

• Mengurus Koloni Tenusu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah di Kedah.

• Latihan dan Bimbingan perternakan tenusu berteknologi tinggi bagi ahli-ahli Koperasi Penternak Tenusu Negeri Kedah.

'Saya amat yakin melalui kerjasama projek tenusu ini, ADMC Dairy Farm Sdn Bhd dapat membantu para penternak lembu tenusu untuk mencapai matlamat hidup dan meningkatkan sumber pendapatan penternak kecil. Seterusnya, menjadi sebuah syarikat yang menjadi tonggak pembangunan negara dengan meningkatkan GNI/GDP Malaysia melalui projek ini' . Ujarnya.

Dato' Seri Mukhriz berucap semasa menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara ADMC Dairy Farm Sdn.Bhd dan koperasi Penternak Tenusu Negeri Kedah bagi Projek Penternakan Lembu Tenusu Di Bawah Kluster Tenusu di Ladang ADMC Dairy Farm, Paya Mat Inson, Pendang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ADMC Dairy Farm Bakal Hasilkan Produk Tenusu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top