Latest News

Thursday 2 April 2015

Perasmian MY-IQRA: Al-Quran adalah Rujukan Utama Kita! - @MukhrizMahathir


Petang tadi Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan (Al-Ta'lim Al-Quran) My IQRA di SMK Kubor Panjang, Pendang, turut sama YB Exco Dato' Suraya Yaacob sebagai Penaung Yayasan Pendidikan Pendang dan DO Pendang yang baru.

My IQRA satu pengajian Al-Quran bersistem baru bagi memudahkan pelajar sekolah hanya mengkhatam Al-Quran dalam masa setahun.

Pengajian ini akan diperkenalkan dulu diseluruh Pendang, kemungkinan jika ianya terbukti berjaya, pengajian ini akan diselaraskan ke peringkat negeri pula.

Memetik kata-kata Dato Seri semasa ucapan perasmian semasa majlis tadi,

Al-Quran ialah kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup setiap muslim. Hal ini amat jelas menerusi firman Allah dalam surah Al Isra ayat 9 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk , memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus”.

Rasululah SAW juga bersabda,”Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara; kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.


Oleh itu, sudah pasti program yang dilaksanakan ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah jiwanya sarat dengan nilai-nilai luhur.

Ini kerana landasan ke arah kecemerlangan diri ialah penghayatan agama dan perkara asas penghayatan agama adalah dengan membaca Al-Quran.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Perasmian MY-IQRA: Al-Quran adalah Rujukan Utama Kita! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top