Latest News

Wednesday 1 April 2015

Kedah fokus KXP untuk perkhidmatan kargo



Kedah akan memfokuskan perkhidmatan kargo bagi fasa pertama jika mendapat kelulusan dari kerajaan pusat untuk Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata hasil pungutan data daripada pelabur dan syarikat di Kedah dan di luar, termasuk Pulau Pinang, mendapati mereka memerlukan perkhimatan kargo untuk urusan perniagaan mereka.

Dengan pembinaan KXP yang lebih berfokus kepada perkhidmatan kargo, ia tidak akan menggangu operasi Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Kita merancang KXP untuk perkhidmatan kargo untuk menampung kekurangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang" ujar beliau.

"Setakat ini, respons yang diterima daripada kilang dan syarikat sekitarnya sangat positif dengan rancangan tersebut. Kita tidak akan ganggu lapangan terbang di Pulau Pinang yang fokus kepada penumpang," katanya pada sidang media di Kawasan Perusahaan Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Dato' Seri Mukhriz sebelum itu mengiring Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed melawat kilang Globecycle di Padang Meha dan taklimat koperat di KHTP.

Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kata Mukhriz, boleh meneruskan pencapaian dalam pengendalian penumpang, manakala KXP menumpukan perhatian kepada operasi kargo udara.

Beliau berkata trafik bagi perkhidmatan kargo semakin menurun iaitu sebanyak 10 peratus dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada setiap tahun.

"Trafik antarabangsa kargo daripada lapangan terbang Pulau Pinang atau ke Pulau Pinang telah pun menurun, jadi apabila kita temu bual banyak pelabur mereka menyatakan menghantar kargo menggunakan jalan ke KLIA dan ini memerlukan kos yang banyak," katanya.

Penurunan itu berpunca daripada landasan yang terhad dan keutamaan yang diberikan kepada perkhidmatan penumpang, katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah fokus KXP untuk perkhidmatan kargo Rating: 5 Reviewed By: Unknown
Scroll to Top