Tinjauan Team MMFC di lokasi baru Pekan Rabu di Ukir Mall pagi tadi mendapati peniaga-peniaga mula berpindah ke sini dari bangunan Pekan Rabu yang lama .
Ruang niaga di dalam Ukir Mall sudah 85% diisi oleh peniaga-peniaga Pekan Rabu. Di luar pula adalah ruang niaga bagi peniaga makanan ringan, muih dan macam-macam lagi.
Pelangan pula makin ramai datang membeli belah di sini, ada pengunjung yang berkata, di Ukir Mall lebih selesa kerana ada penghawa dingin tidak seperti di lokasi lama.
Peniaga yang kami bertanya ada yang tersenyum lebar kerana adakala di Ukir Mall pendapatan mereka melebihi lokasi lama.
Soal keselamatan di sini lebih terjamin kerana selesai waktu berniga pintu bangunan akan ditutup dan di kawal oleh pengawal keselamatan.
Dikhabar akan ada majlis dan program yang akan di buat di Ukir Mall bagi menarik minat lagi orang ramai mahupun pelancong ke lokasi sementara Pekan Rabu ini.
Pemindahan sementara peniaga Pekan Rabu ke Ukir Mall ini kerana pembinaan dan menaiktaraf Pekan Rabu yang baru dengan pelbagai kemudahan ruang niaga , tempat letak kereta ,penghawa dingin dan lain-lain lagi.
0 comments:
Post a Comment