Latest News

Friday 26 December 2014

#Throwback Tsunami : Kenangan Dato Seri Mukhriz Di Acheh





Ramai yang lupa bahawa hari ini 26 Disember 2014, genap 10 tahun kejadian Tsunami di Acheh berlaku. Ratusan ribu kematian sewaktu tsunami ini berlaku termasuk di Malaysia.

Dalam Instagram Dato' Seri Mukhriz hari ini telah memuat naik gambar sewaktu beliau ke Acheh dalam misi Aman Malaysia di Acheh

Katanya "Aceh dalam kenangan. Dalam banyak-banyak misi kemanusiaan Aman Malaysia dulu, tak pernah saya lihat bencana sebesar tsunami 26/12/2004. Lebih 170,000 org terkorban di Aceh" . 


Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298° utara dan 95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km. 

Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ratusan ribu orang telah terkorban akibat malapetaka ini.

Malaysia telah menghantar pasukan penyelamat khas (SMART), pasukan bomba dan Bulan Sabit Merah ke Aceh. MERCY Malaysia turut menghantar pasukan dan bekalan perubatan ke Sri Lanka. Dua lapangan terbang di Subang dan Langkawi turut dijadikan sebagai pusat pengumpulan bantuan untuk dihantar ke Aceh.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Throwback Tsunami : Kenangan Dato Seri Mukhriz Di Acheh Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top