Latest News

Friday 26 December 2014

Mangsa Kencing Tikus Di Kedah Masih Kritikal




Alor Setar- Remaja lelaki yang dimasukkan ke hospital pada pagi Selasa lalu (23 Dis) akibat jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus masih berada dalam keadaan kritikal namun menunjukkan perkembangan positif.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan berkata Fahmi Abd Razak, 15, dari Kampung Kubu, Kuala Nerang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sejak dimasukkan pagi kelmarin akibat demam sejak lebih seminggu lepas.

"Dia masih dirawat di ICU dan masih berada dalam keadaan kritikal namun hasil rawatan dan pemantauan pakar perubatan di HSB mendapati keadaan beliau menunjukkan perkembangan yang positif," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Fahmi sebelum itu telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang pada malam Isnin (22 Dis) kerana mata dia menjadi kuning dan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 2.30 pagi Selasa (23 Dis) sebelum dipercayai mengalami jangkitan kencing tikus berdasarkan ujian awal makmal HSB.

Difahamkan sebelum itu Fahmi dan beberapa rakannya telah pergi untuk mandi dan membasuh motosikal mereka di Sungai Perik, Kampung Perik, Kuala Nerang.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mangsa Kencing Tikus Di Kedah Masih Kritikal Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top