Latest News

Friday 26 December 2014

#Banjir : TPM, Umno Kelantan, MB Kelantan Duduk Semeja




Kota Bharu - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah melawat Kelantan yang dilanda banjir terburuk sejak seminggu lalu. 

Beliau seterusnya mendengar taklimat banjir Kelantan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim.

Beliau seterusnya akan ke Depoh Bekalan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat dan meninjau pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa.


Semalam Tan Sri Muhyiddin berkata, Kerajaan akan menambah bilangan anggota penyelamat dan menggerakkan lebih banyak aset ke negeri-negeri dilanda banjir bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap, selain mempercepatkan penyaluran bantuan bekalan yang diperlukan.

Ujarnya, Pada masa ini semua agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai aset sesuai seperti bot dan helikopter telah bersiap sedia, selain agensi kerajaan yang lain.

"Di samping itu kita memastikan juga bekalan barangan keperluan yang biasa kita bekalkan untuk mangsa banjir ditambah kerana berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai keadaan cuaca, memerlukan kita mengambil langkah-langkah tambahan.

"Ini sedang pun dilakukan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari segi bekalan barangan keperluan," .



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Banjir : TPM, Umno Kelantan, MB Kelantan Duduk Semeja Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top