Latest News

Friday 26 December 2014

#Throwback2014 : Kedah Aerocity (Bandaraya Aero Kedah) #BajetKedah2014




Malaysia sudah terkenal sebagai pengeluar komponen dan alat pesawat kapal terbang. Syarikat-syarikat yang terletak di Melaka, Selangor dan Kedah ini menyumbang kepada pembinaan pesawat jenama besar seperti Boeing dan Airbus.

Pengeluar komponen pesawat dan perkhidmatan penyelenggaraan pembaikan dan “overhaul”, atau MRO, memerlukan akses kepada landasan kapal terbang di lapangan terbang.

Oleh itu, kerajaan merancang untuk menyediakan sebidang tanah sebesar tidak kurang dari 100 ekar di KXP untuk menempatkan syarikat-syarikat pengeluar komponen dan perkhidmatan MRO pesawat. Taman industri ini dinamakan Kedah Aerocity.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Throwback2014 : Kedah Aerocity (Bandaraya Aero Kedah) #BajetKedah2014 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top