Latest News

Saturday 20 December 2014

Video : Kes Kencing Tikus, Chelet Salak Denai Ditutup - Dato Seri Mukhriz



Baru-baru ini Kedah dikejutkan kematian seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun dari Taman Pinang Merah, Bukit Pinang akibat keracunan Kencing Tikus setelah berkelah bersama keluarga disebuah pusat rekreasi di Yan.

Dalam Sidang Media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri, YAB Dato' Seri Hj Mukhirz Tun Mahathir telah mengumumkan penutupan sebuah Chalet di Yan ( Chalet Salak Denai, Batu Hampar) setelah didapati terdapat sampah sarap yang tidak diuruskan dengan baik sehingga menggundang tikus yang membawa virus kencing tikus.

Selain itu, YAB turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bertindak memberi notis kepada semua pengusaha-pengusaha pusat rekreasi di Negeri Kedah untuk menjaga kebersihan di kawasan mereka sebaik yang mungkin agar perkara seperti ini tidak berulang kembali.

Dalam Sidang Media tersebut, YAB juga turut menasihati pengunjung-pengunjung pusat rekreasi untuk menjaga kebersihan tempat yang dikunjungi mereka agar ianya dapat dinikmati pengunjung-pengunjung lain dalam keadaan selamat dan bersih.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Kes Kencing Tikus, Chelet Salak Denai Ditutup - Dato Seri Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top