Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 2 petang semalam (30 November 2014) ini sememangnya agak memeranjatkan apabila dua orang lelaki berhelmet lengkap dengan visor memecahmasuk rumah sebuah keluarga di Wakaf Berangan, Sri Aman 3, Pasir Puteh.
Ibu mangsa yang sedang berehat di dapur dicederakan terlebih dahulu sebelum penyamun menendang pintu bilik air yang pada ketika itu Nur Shafiqa, 22, sedang berada di dalamnya untuk mandi. Mangsa diarah mencabut sebentuk cincin emas yang dipakai ibunya sebelum di bawa masuk ke dalam sebuah bilik dengan tujuan untuk dirogol.
Nur Shafiqa bersama tunangnya. Mereka bertunang pada bulan Mac 2014 lalu. |
Suspek yang telahpun keluar masuk kembali ke dalam bilik dan menumbuk muka mangsa serta menoreh pipi sebelah kiri mangsa sebelum melarikan diri.
Nur Shafiqa dan ibunya kini dirawat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Semoga kedua-dua mangsa cepat sembuh dan moga perompak yang kejam itu dapat segera diberkas.
Mengikut maklumat terbaru, mangsa dikatakan mengenali perompak terbabit malah pecah masuk ke rumah terbabit lebih bermotifkan dendam.
Dendam apabila gadis berkenaan dikatakan mempunyai teman lelaki lain dan bertunang dengan lelaki lain.
0 comments:
Post a Comment