Latest News

Friday 30 January 2015

Pelancaran Jersi Baru Dan Skuad Lang Merah 2015



Malam tadi berlangsung majlis Pelancaran jersi dan pasukan Kedah Fa ataupun dikenali dengan nama Lang Merah bagi tahun 2015. Majlis diadakan di Aseania Resort Langkawi.

Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dan dihadiri oleh Setiausaha Kerhormat KFA , YB Aminuddin Omar , Yb Datuk Othman Aziz, Yb Dato' Badrol Hisham dan Yb Dato Mohd Rawi Hamid juga barisan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Kedah.

Jersi kali ini adalah hasil dari pemenang-pemenang pertandingan mencipta jersi skuad Lang Merah yang dianjurkan oleh KFA penghujung tahun lalu.
Program ini bermula sekitar 6:45 petang dengan bacaan surah Yasin dan Solat Maghrib berjemaah dan majlis pelancaran dimulakan tepat jam 9.00 malam.

Sepanjang 3 hari berada di Langkawi, Pihak pengurusan Kedah FA mengadakan kem motivasi dan aktiviti team building dan acara kemuncak adalah pelancaran
jersi, pengumuman penaja dan memperkenalkan skuad hijaukuning untuk musim 2015.

Kem kali ini julung kali diadakan melibatkan 3 pasukan iaitu skuad Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia.

Sesi kem motivasi dirasmikan oleh YB Aminuddin Omar dan dituruti ceramah berkenaan beberapa isu berkaitan bolasepak seperti isu perubatan, taklimat Liga M 2015, pengurusan kewangan, kepengadilan, dan team building.

Semoga ini adalah langkah kanan buat pasukan sebelum bermulanya Liga M 2015.

Ayuh Semua Skuad Kedah kita gegar bolasepak Malaysia 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pelancaran Jersi Baru Dan Skuad Lang Merah 2015 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top