Latest News

Monday, 12 January 2015

Pusat Sains Negara Di Kedah Wajib Dilawati



Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) adalah cawangan pertama Pusat Sains Negara. Terletak di alamat Gunung Keriang, Alor Setar , PSNCWU bertanggungjawab untuk memenuhi dan merangkumi negeri-negeri di Wilayah Utara iaitu Kedah, Perlis, Perak dan P.Pinang.

Terokai dan alami sendiri ilmu sains yang menyeronokkan bersama bahan pameran interaktif di Pusat Sains Negara ini.

Matlamat pusat ini adalah bagi mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains, teknologi dan inovasi sepanjang hayat.


Waktu Operasi bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Dibuka untuk pelawat setiap hari kecuali Jumaat). Masuk adalah percuma, jika anda ingin ke sana, ia beralamat di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah.








  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pusat Sains Negara Di Kedah Wajib Dilawati Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top