Latest News

Tuesday 13 January 2015

Kedah Sedia Hantar 2508 Pasang Baju Sekolah Ke Kelantan

Gambar Hiasan 

ALOR SETAR - Pusat pengumpulan bantuan banjir yang berpusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon telah berjaya mengumpulkan sebanyak 2,508 pasang baju sekolah dikumpulkan dalam usaha misi kesembilan bantuan pasca banjir kerajaan Kedah kali ini.

Setiausaha Kerja Barisan Nasional Kedah Datuk Ariffin Man berkata, bantuan datangnya daripada individu, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan itu meliputi kemeja sekolah lelaki, baju kurung, anak tudung, tudung sekolah, tudung berwarna, serta pakaian beruniform.

Bantuan ini akan dihantar selewatnya selasa ini ke Kem Induk SUKAM di Manik Urai.

"Bantuan ini kita akan hantar ke sekolah-sekolah di kawasan yang Kedah telah dipertanggungjawabkan iaitu di daerah mengundi Karangan, dalam Dewan Undangan Negeri Manek Urai,"

Beliau menjelaskan setibanya bantuan berkenaan di Manek Urai, ia akan diselaraskan oleh jentera Sukarelawan Kedah Aman Makmur (SUKAM) yang tertumpu di kem induk Sekolah Kebangsaan Karangan, Manek Urai.

Sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan penubuhan Kem Induk SUKAM di Manek Urai yang bertindak sebagai pusat penyelarasan bagi semua kerja bantuan mangsa banjir.

Semenjak pembukaan pusat pengumpulan banjir negeri pada 29 Dis lalu, lapan misi bantuan dilaksanakan melibatkan lebih 350 sukarelawan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Sedia Hantar 2508 Pasang Baju Sekolah Ke Kelantan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top