Latest News

Tuesday 13 January 2015

Langkawi Sasar 4 Juta Pelancong Tahun Ini



LANGKAWI (Bernama) - Langkawi mensasarkan untuk menarik 4 juta pelancong dalam dan luar negeri tahun ini berbanding 3.5 juta tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai dengan pelbagai penganjuran program dan acara bertaraf antarabangsa seperti Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2015).

Mohd Rawi berkata bagi menampung kedatangan pelancong ke pulau peranginan ini, pihaknya turut mensasarkan untuk mewujudkan 15,000 bilik penginapan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pada masa ini, terdapat 8,700 bilik penginapan bagi memenuhi permintaan pelancong dalam dan luar negeri.

Beliau turut berharap pengusaha-pengusaha pelancongan dapat mengadakan pakej-pakej pelancongan bagi menarik kunjungan pelancong ke Langkawi dan daerah lain di Kedah.

 BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Langkawi Sasar 4 Juta Pelancong Tahun Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top