Bertempat di Kampung Pochan, Padang Sera pagi tadi, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir telah memberi sumbangan kepada penoreh getah yang memerlukan akibat kejatuhan nilai getah di pasaran.
Bantuan ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengurangkan beban penoreh, bantuan berupa keperluan asas seperti beras,gula,minyak masak, kopi , biskut dan lain-lain lagi.
Seramai 400 orang penoreh di kawasan tersebut telah menerima bantuan bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung setelah harga pasaran getah jatuh.
Rata-rata penerima bantuan penoreh getah di Kampung Pochan, Padang Sera mengucapkan terima kasih diatas bantuan Kerajaan Negeri membantu penoreh-penoreh getah.
Kerajaan Negeri Kedah telah memulakan inisiatif bantuan ini sejak bulan November 2014 lalu di seluruh negeri.
0 comments:
Post a Comment