Latest News

Saturday, 17 January 2015

Tekankan Konsep Bermasyarakat Untuk Mencegah Perkara Mungkar - DSMM



Admin agak tertarik dengan kata-kata Dato Seri Hj Mukhriz semasa di Program Ramah Mesra Kampung Keda Pochan. Program tersebut merupakan satu bantuan khas dari Kerajaan Kedah bagi meringankan sedikit beban penoreh yang terhimpit akibat harga getah yang rendah.

Dato Seri melalui program sumbangan khas Kerajaan negeri, menyampaikan bantuan makanan asas pada lebih 400 orang penoreh getah (terpilih dan layak) yang memerlukan bantuan di kawasan kampung tersebut.

Pada mulanya beliau menyentuh mengenai pembangunan ekonomi negara dan industri negeri yang tidak hanya terhad pada satu sektor sahaja. Kerana jika kita hanya bergantung pada pertanian ia menyebabkan ekonomi dan sumber pendapatan negara atau negeri menjadi terhad.

Kemudian beliau menerangkan bagaimana tindakan Kerajaan negeri mengatasi perkara tersebut hinggalah wujudnya Taman Teknologi Kedah, bagi mengembangkan lagi industri pembuatan ekonomi negeri.

Selain dari ekonomi beliau juga menitik beratkan masalah sosial yang sering berlaku di dalam masyarakat tempatan.

Dato Seri Hj Mukhriz menekankan konsep bermasyarakat bagi mencegah perkara mungkar yang mungkin berlaku ketika masyarakat penoreh mengalami penurunan hidup akibat harga getah rendah.

Dalam pada itu, beliau juga memuji warga penoreh getah walaupun pendapatan menurun, kes jenayah tidak meningkat, malah turut menurun.

"Kita kena jaga-jaga masyarakat kita, tegur menegur sesama kita, jiran kita, jika ada yang buat salah (perlu tegur), jauhi maksiat. Kita jangan buat perkara yang dilarang oleh Allah, amalkan sifat-sifat murni. InshaAllah kita dijauhkan dari bala Allah SWT" kata beliau lagi.

MB juga doakan agar warga penoreh diberkati Allah dan dimurahkan rezeki berdoa supaya harga getah tidak turun melarat dan pendapatan meningkat.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tekankan Konsep Bermasyarakat Untuk Mencegah Perkara Mungkar - DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top